How Do You Do, What Do You Do and What Are You Doing?

This lesson is in Malay
SIRI TIP BAHASA INGGERIS HARIAN


Picture from ClipartPanda


Apakah jawaban-jawaban yang sesuai untuk soalan-soalan berikut?

1) What do you do?
  • a) I'm watching TV.
  • b) I'm a teacher.
  • c) I'm fine, thank you.

2) How do you do?
  • a) I'm watching TV.
  • b) I'm a teacher.
  • c) I'm fine, thank you.

3) What are you doing?
  • a) I'm watching TV.
  • b) I'm a teacher.
  • c) I'm fine, thank you.
Walaupun bentuk soalan-soalan di atas lebih-kurang serupa antara satu sama lain, setiap satu membawa maksud yang berlainan.
  • What do you do - merujuk kepada pekerjaan seseorang. Contoh bentuk-bentuk jawaban yang sesuai adalah
    • "I am a teacher" - saya seorang guru
    • "I teach" - saya mengajar (membawa maksud, kerja saya mengajar)
    • "I am a fisherman" - saya seorang nelayan
    • "I fish" - saya tangkap ikan (membawa maksud, kerja saya menangkap ikan)
    • "I am a mechanic" - saya seorang mekanik
    • "I repair cars" - saya baiki kereta (membawa maksud, kerja saya membaiki kereta)
  • How do you do - ini soalan yang lazim digunakan sewaktu berjumpa atau memulakan perbualan. Ia bermaksud, "Apa khabar?". 
    • Jawaban yang sesuai adalah "I'm fine, thank you" yang bermaksud "Khabar baik".
    • Biasanya selepas menjawab, sipenjawab akan bertanya pula "And how are you?" yang bermaksud "Kamu pula apa khabar?"
  • What are you doing - soalan ini berbentuk Present Continuous Tense kerana ia bertanyakan "Apakah yang sedang kamu lakukan?" Jawaban yang sesuai adalah "I'm watching TV" bermaksud "Saya sedang menonton TV"
    • Bentuk grammar Present Continuous Tense merujuk kepada perbuatan seseorang pada ketika itu, dan selalunya menggunakan verb (kata kerja) yang berakhir dengan bentuk "...ing." Contoh-contoh lain soalan-soalan yang mirip dan berbentuk Present Continuous Tense adalah 
      • "Why aren't you doing your homework?", bermaksud "Kenapa kamu bukan sedang melakukan kerja rumah?"
      • "Where are you going?", bermaksud "kamu hendak pergi ke mana?"
    • Penerangan lanjut tentang Present Continuous Tense di sini

Comments

Popular Posts