Memasarkan Buku Menerusi Pameran Bertema
http://ift.tt/2oIkMXw
GPM sering kali melaksanakan pameran bertema yang bersesuaian mengikut kalendar nasional seperti pameran sempena perayaan, sambutan kemerdekaan dan bulan-bulan tertentu. Pameran-pameran yang dilaksanakan bukan sahaja mampu mengubah panorama dan suasana PSS, malah biasanya dapat menarik perhatian pengunjung .
Antara contoh pameran bertema yang dicadangkan dan boleh dilaksanakan oleh GPM adalah seperti dalam PERANCANGAN AKTIVITI PAMERAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.

Namun begitu, GPM juga boleh mempamerkan buku-buku yang tersusun rapi di rak. Ciptalah tema-tema yang bersesuaian antaranya koleksi buku tokoh dunia, koleksi buku sejarah, Mencari redha Allah, Mari berkongsi Hobi dan seribu satu nama yang pastinya mengujakan para pelanggan kita.


Untuk meningkatkan lagi pinjaman buku, sediakanlah sedikit “hadiah misteri” kepada peminjamnya. Bukan sahaja murid, gurupun pasti teruja biarpun mendapat sebatang pen merah! Aktiviti ini membolehkan buku-buku sejarah lama dan berkulit tebal yang sudah lama menghuni rak yang tidak terusik kembali menjadi rebutan. Pasti akan ada anak-anak murid kita yang duduk diam membaca, atau terhasil dengan sendiri secara tidak formal aktiviti membaca bersama.

Para GPM perlu sedar bahawa anak-anak hari ini adalah generasi Z yang sukakan sesuatu yang cepat, mudah dan menjimatkan masa. Maka PSS kita perlu menyediakan sesuatu mengikut kehendak dan keperluan semasa.

sekolah
via Guru Cemerlang Pusat Sumber Sekolah http://ift.tt/2ByJMbv
March 1, 2018 at 12:48AM
Comments
Post a Comment